Saturday, July 20, 2013

#4.

Apakah yang telah Zubir 
Abdullah kecapi?

oleh Raudah


  • Singapore Art Festival, WOMAD, BINTAN Zapin Fest, World Malay Arts Fest, MELA Festival- Edinburgh, World Music Convention, Jakarta Fest, Singapore Seasons in Beijing dan Shanghai serta sambutan Hari Kebangsaan dan lain-lain lagi 
  • Mendapat tempat naib juara bagi kategori 'Best Song Composer' dalam sebuah pertandingan nasional, yang diadakan Perkamus dan COMPASS pada tahun 1999
  • Dicalonkan bagi anugerah Lagu Tempatan Terbaik dan Album Tempatan Terbaik di Anugerah 


Planet Muzik 2001

  • Memenangi Anugerah Kecemerlangan bagi albumnya “Budi” di Perkamus Music Awards
  • Memenangi  (Anugerah Persuratan) Literacy Award yang diadakan oleh The Singapore Malay Language Council.

#3.

Apakah sumbangan-sumbangan
Zubir Abdullah

oleh Ikhmah


  • Beliau telah membuat persembahan bagi acara Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 

  • Ikhlas untuk mendorong lebih ramai orang untuk menderma bagi menolong orang-orang yang kurang bernasib baik di Singapura 
  • Telah melibatkan diri dalam proses penulisan buku "Sasterawan Melayu di Persada Dunia" dalam usaha melestarikan bahasa Melayu dek zaman moden ini 
  • Memperbaiki bakat-bakat golongan Melayu muda di Singapura dengan mengajar di Sri Warisan Som Said Performing Arts School sebagai seorang jurulatih koir 


#2.

Apa pulakah hasil kerja
Zubir Abdullah?

oleh Saiful Zahri


Zubir Abdullah telahpun mengarang pelbagai lagu yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga yang kaya dengan nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran murni. Sebagai contoh, marilah kita lihat senikata lagunya ‘Teman’!


Andai bunga tiada mekar mewangi
Hancurlah harapan unggas menyepi

Andai dikau menghilang dan menyendiri

Bak hujan di tengah hari

Panas menduri bumi...

Begitulah perasaan pabila bayangmu pun tiada
(Menceritakan tentang seorang teman yang teramat penting dan istimewa)


“Kehadiranmu, teman, bagaikan cahaya
Menerangi taman hatiku yg sepi
Jalin kasih mesra kurnia maha esa
Merestui kemesraan ini”

(Jalinan kasih yang mesra merupakan satu aspek semangat setiakawan)



Keikhlasan hatimu menghangatkan jiwa

Kelembutan suaramu menyejukkan bara

Jernih airmatamu lambang ketulusan

Menemaniku dikala kesepian

(Tanpa hadirnya seorang sahabat dalam hidup kita, pastinya kita akan berasa berseorangan dan hidup dalam kesunyian)




  • Dari segi teknikal muzik, lagunya perlahan, bagaikan balada, mungkin untuk membolehkan para pendengar untuk menghayati lagu itu dengan lebih baik lagi
  • Telahpun dipersembahkan di konsertnya ‘Cinta, Cipta, Citarasa’


Marilah kita teliti lagu-lagunya yang lain seperti Warisan Bintan dan Zapin Telok Blangah!


  •  Lagunya bermula dengan permainan gambus
  • Melodi gambus itu mempunyai unsur-unsur Arab -> mungkin untuk menunjukkan jalinan budaya Melayu dengan budaya Arab memandangkan terdapatnya sejarah pendidikan agama Islam oleh orang-orang Arab yang berhijrah, kepada orang-orang Melayu berabad-abad lalu 
  • Tibanya irama yang amat lazim didengar dalam banyak lagu-lagu tarian Melayu klasik

       ZAPIN TELOK BLANGAH

  •  Sebuah lagu tarian zapin
  •   Menceritakan sebuah kisah Melayu yang kaya dengan unsur-unsur Melayu yang konvensional seperti kepentingan menjunjung budaya, mempraktikkan nilai-nilai positif Melayu seperti sikap bersopan-santun, berbudi-bahasa dan peripentingnya menjaga adat dan budaya

"Hai Telok Belangah lah namanya
tempat bersejarah lagi indah
rakyatnya bersantun
budi bahasa
teruna dara"

"budaya dijunjung
dimartabatkan supaya mahsyur
di sepanjang zaman"


  • Ia mengambarkan situasi Singapura pada masa silam yang mempraktikkan sistem monarki bagi penguasaan Singapura pada masa itu
  • Mungkin juga menceritakan tentang sejarah tarian zapin Telok Belangah berkenaan dengan sejarah Melayu di Singapura pada masa silam itu 
"Angin bertiup dari selatan 
membawa khabar datang nanti 
serombongan dari seberang 
belayar di Blakang Mati (yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Sentosa) 
singgah sebentar di Pasir Panjang 
sungguh menawan hati 
redup sayu"


Lagu-lagunya yang lain termasuklah irama-irama seperti..


#1 Siapakah Zubir Abdullah?


Oleh Amsyar



  • Zubir bin Abdullah, ataupun lebih dikenali sebagai Zubir Abdullah, adalah seorang komposer muzik, penyanyi, penulis lagu, penerbit dan seorang jurulatih panduan suara di Sri Warisan Som Said Performing Arts School
  • Beliau telah berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 1980
  • Walaupun Zubir boleh bermain pelbagai alat muzik, beliau lebih mahir bermain gitar Arab atau gambus (alat muzik yang sedang beliau memegang dalam gambar di atas)
  • Beliau telah melakukan persembahan bukan sahaja di Asia. Malah, di negara Eropa juga
  • Lebih daripada 40 bandaraya telahpun menyaksikan persembahan-persembahan Zubir Abdullah!
  • Pada awal 80-an, beliau bermain lagu-lagu seperty ghazal buat program program radio
  • Beliau telah bekerja bersama artis-artis termasyhur seperti Anita Sarawak, Kassim Masdur, Iskandar Ismail, Noraniza Idris, Kit Chan, Mark Chan, Art Fazil, Chee-Kong Ho, Coco Lee, Iskandar Mirza Ismail, Sadli Ali, Reduan Ali, dan Lobo
  • Selama 20 tahun beliau berada dalam industry muzik  
  • Buat masa kini, Zubir Abdullah adalah seorang pensyarah di Institut Pengajian Nasional (NIE). Beliau sering dicari selepas itu untuk melakukan seni persembahan tempatan dan antarabangsa, dan telah muncul dalam pesta-pesta seperti The Singapore Arts Festival, World of Music, Arts, and Dance (WOMAD), Bintan Zapin Fest, World Malay Art Fest, World Music Convention, Jakarta Fest, dan Perayaan Hari Kebangsaan (National Day Parade)