Saturday, July 20, 2013

#2.

Apa pulakah hasil kerja
Zubir Abdullah?

oleh Saiful Zahri


Zubir Abdullah telahpun mengarang pelbagai lagu yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi juga yang kaya dengan nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran murni. Sebagai contoh, marilah kita lihat senikata lagunya ‘Teman’!


Andai bunga tiada mekar mewangi
Hancurlah harapan unggas menyepi

Andai dikau menghilang dan menyendiri

Bak hujan di tengah hari

Panas menduri bumi...

Begitulah perasaan pabila bayangmu pun tiada
(Menceritakan tentang seorang teman yang teramat penting dan istimewa)


“Kehadiranmu, teman, bagaikan cahaya
Menerangi taman hatiku yg sepi
Jalin kasih mesra kurnia maha esa
Merestui kemesraan ini”

(Jalinan kasih yang mesra merupakan satu aspek semangat setiakawan)



Keikhlasan hatimu menghangatkan jiwa

Kelembutan suaramu menyejukkan bara

Jernih airmatamu lambang ketulusan

Menemaniku dikala kesepian

(Tanpa hadirnya seorang sahabat dalam hidup kita, pastinya kita akan berasa berseorangan dan hidup dalam kesunyian)




  • Dari segi teknikal muzik, lagunya perlahan, bagaikan balada, mungkin untuk membolehkan para pendengar untuk menghayati lagu itu dengan lebih baik lagi
  • Telahpun dipersembahkan di konsertnya ‘Cinta, Cipta, Citarasa’


Marilah kita teliti lagu-lagunya yang lain seperti Warisan Bintan dan Zapin Telok Blangah!


  •  Lagunya bermula dengan permainan gambus
  • Melodi gambus itu mempunyai unsur-unsur Arab -> mungkin untuk menunjukkan jalinan budaya Melayu dengan budaya Arab memandangkan terdapatnya sejarah pendidikan agama Islam oleh orang-orang Arab yang berhijrah, kepada orang-orang Melayu berabad-abad lalu 
  • Tibanya irama yang amat lazim didengar dalam banyak lagu-lagu tarian Melayu klasik

       ZAPIN TELOK BLANGAH

  •  Sebuah lagu tarian zapin
  •   Menceritakan sebuah kisah Melayu yang kaya dengan unsur-unsur Melayu yang konvensional seperti kepentingan menjunjung budaya, mempraktikkan nilai-nilai positif Melayu seperti sikap bersopan-santun, berbudi-bahasa dan peripentingnya menjaga adat dan budaya

"Hai Telok Belangah lah namanya
tempat bersejarah lagi indah
rakyatnya bersantun
budi bahasa
teruna dara"

"budaya dijunjung
dimartabatkan supaya mahsyur
di sepanjang zaman"


  • Ia mengambarkan situasi Singapura pada masa silam yang mempraktikkan sistem monarki bagi penguasaan Singapura pada masa itu
  • Mungkin juga menceritakan tentang sejarah tarian zapin Telok Belangah berkenaan dengan sejarah Melayu di Singapura pada masa silam itu 
"Angin bertiup dari selatan 
membawa khabar datang nanti 
serombongan dari seberang 
belayar di Blakang Mati (yang kini lebih dikenali sebagai Pulau Sentosa) 
singgah sebentar di Pasir Panjang 
sungguh menawan hati 
redup sayu"


Lagu-lagunya yang lain termasuklah irama-irama seperti..


No comments:

Post a Comment